Perbezaan pandangan adalah merupakan lumrah biasa dalam kehidupan manusia. Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya berbeza pandangan, asalkan ia tidak membawa kepada kerosakan akidah dan merosakkan hubungan persaudaraan.
Al-Quran mengajar, apabila berselisih dalam sesuatu perkara maka hendaklah dicari penyelesaiannya menerusi petunjuk al-Quran dan al Sunnah.Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya
(al-Nisa': 59).
Juga firman-Nya yang bermaksud:
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut pengikutmu):
Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum
pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaan-Nya
ialah Allah Tuhanku; kepada-Nyalah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku rujuk kembali (al-Syura:10).
Dalam bahasa Arab perkataan ikhtilaf kebiasaannya digunakan untuk merujuk perbezaan yang baik dan diterima.Ia berbeza dengan perkataan 'khilaf' di mana ia biasanya dirujuk kepada perbezaan yang tercela yang boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan.Bagi mereka yang mengkaji, tentunya akan mendapati ulama-ulama berbeza pandangan dalam
mengeluarkan hukum kepada sesuatu permasalahan.
Ikhtilaf atau berbeza pandangan bukanlah asing dalam dunia kajian dan pengeluaran hukum.Kebebasan berfikir, mengkaji di samping galakkan berhujah dengan cara yang berhikmah benar-benar dapat diadaptasi dalam budaya kesarjanaan ulama-ulama dalam menyuarakan kebenaran.
Ikhtilaf dalam ijtihad berlaku apabila mujtahidin berbeza pendapat dalam perkara furu' (cabang) kerana perbezaan memahami dalil-dalil syarak.
Bertitik-tolak dari situ, maka wujudlah kepelbagaian mazhab dalam Islam. Setiap mazhab mempunyai kaedah atau proses pengeluaran hukumnya yang tersendiri.
Namun, mereka tetap sepakat menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama dalam berijtihad. Walaupun para ulama mazhab mempunyai pandangan yang berbeza, ini tidaklah mengeruhkan hubungan mereka antara satu sama lain.
Bahkan, mereka tetap menghormati pandangan kedua atau ketiga yang dikeluarkan asalkan berpaksi kepada hujah kebenaran, bukannya nafsu semata-mata.Keegoan dalam diri segera dikikis agar dapat menerima teguran untuk memperbetulkan kesilapan pandangan yang dikemukakan.Bahkan, para ulama yang sejati akan merasa gembira sekiranya bertemu dengan kebenaran, walaupun kebenaran tersebut datang daripada pihak lain.Sikap sangka buruk amat penting dijauhi agar pandangan ulama lain dilihat secara positif.
Cuba kita hayati peristiwa yang berlaku antara Imam Abdurrahman bin 'Amr Al-Awza'i (wafat157H) dan seorang ulama yang bernama Imam Abdullah bin Mubarak (wafat 181H). Suatu hari mereka bertemu dan Al-Awza'i bertanya kepada Ibn Mubarak: "Siapakah ahli bidaah yang sekarang ini sedang terkenal di Kufah, yang bernama Abu Hanifah itu?" Ibn Mubarak tidak menjawab pertanyaan tersebut. Sebaliknya, dia cuba memulakan perbincangan tentang hukum-hukum fikah dan jawapan terhadap permasalahan fikah yang dikemukakan.
Al-Awza'ie begitu kagum dan mengetahui betapa tingginya ilmu yang diperolehi oleh Ibn Mubarak itu. Lalu beliau bertanya: "Siapakah pemilik fatwa-fatwa tersebut?" Ibn Mubarak menjawab:
"Pemiliknya ialah seorang ulama yang saya temui di Iraq".
Al-Awza'I lantas berkata: "Ulama ini semestinya merupakan pakar fikah yang tersangat hebat. Maka teruskanlah menuntut ilmu dengannya wahai sahabatku." Ibn Mubarak lantas berkata: "Ulama tersebut bernama Abu Hanifah." Maka selepas itu berubahlah tanggapan Al-Awza'i terhadap Abu Hanifah.
Pernah beliau berkata kepada Ibn Mubarak tentang Abu Hanifah: "Aku terlalu cemburu dengan ilmu yang ada pada Abu Hanifah. Aku meminta ampun kepada Allah SWT atas tanggapan burukku kepadanya sebelum ini".
(rujuk al-Khairat al-Hisan fi Manaqib al-Imam Abi Hanifah
al-Nu'man, Imam Syihabudin Ahmad bin Hajar al-Haitami).
Taklimat Keusahawanan Takaful Ikhlas
Dimaklumkan kepada semua yang berminat* dan layak ** untuk menjadi Wakil Takaful secara PROFESIONAL dan IKHLAS dijemput hadir ke Taklimat Percuma ( TOP ) "Takaful Opportunity Programme " di Agensi Malik Osman di dalam kawasan Masjid Bandar Baru Sg. Buloh pada :
Hari : Sabtu
Bersamaan tarikh : Minggu Pertama setiap bulan
Pada pukul : Selepas solat Zuhor hingga solat Asar
Hubungi sekarang untuk tempahan : En.Nzul
Email saya : takafulplanner@gmail.com
"Klik disini untuk tempahan dan Hadiah istimewa kepada yang melengkapkan kursus sebagai wakil Takaful sehingga menduduki peperiksaan TBE."
*
1. Ingin mengetahui Sistem Perniagaan Takaful dan Manfaat yang akan diperolehi.
2. Tiada sebarang bayaran dan paksaan sebelum dan selepas mendengar Taklimat
3. Berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai Muamalat Islam.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..”
(Ar-Ra’du :11)
"Dan hendaklah kamu tolong-menolong membuat kebajikan dan bertaqwa, dan jangan tolong –menolong pada melakukan dosa dan pencerobohan”
(Al-Maidah : 2 )
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mengcukupkan ( keperluan )nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) - Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu "
( At Talaaq : 3 )
(Ar-Ra’du :11)
"Dan hendaklah kamu tolong-menolong membuat kebajikan dan bertaqwa, dan jangan tolong –menolong pada melakukan dosa dan pencerobohan”
(Al-Maidah : 2 )
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mengcukupkan ( keperluan )nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) - Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu "
( At Talaaq : 3 )
Kerjaya Sebagai Waki/Usahawan Takaful
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia". (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam hadith yang lain yang bermaksud:
"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit".(Riwayat Ahmad)
Berdasarkan kepada 2 hadith diatas, dapatlah kita rumuskan bahawa kerjaya Usahawan Takaful ini adalah kerjaya yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. kerana kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini hendaklah sentiasa saling berkerja-sama, saling bertanggung-jawab dan saling lindung-melindungi diantara jiran tetangga dan ahli masyarakat yang berada didalam kesusahan dan kesempitan hidup.
Kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas adalah kerjaya yang mampu memenuhi segala impian hidup anda di dunia dan di akhirat. Mulakan langkah anda sekarang di sini !!!
Apa tugas dan peranan Wakil/Usahawan Takaful?
Peranan dan tugas Usahawan Takaful adalah untuk memberi kesedaran tentang keperluan perlindungan kewangan takaful Ikhlas kepada semua anggota masyarakat samada mereka itu muslim atau tidak, supaya menyertai mana-mana skim Takaful Ikhlas yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan kewangan bakal peserta,
contohnya skim simpanan untuk pendidikan tinggi anak, skim simpanan dan perlindungan untuk diri sendiri dan pasangan dan bermacam-macam lagi.
Apa kelayakan yang diperlukan
Minima SPM (dengan lulus sekurang-kurangnya dalam 5 subjek) dan kemudian mesti lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic Examination) yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia atau kelayakan berkaitan yang diiktiraf oleh pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
Mengapa pilih kerjaya ini?
Satu ibadah iaitu fardu kifayah dan merupakan salah satu dari cabang jihad kerana peranannya untuk menyebarkan atau mengembangkan muamalat Islam (insurans berteraskan syariah) kepada semua anggota masyarakat.
Ia juga membantu merancang perlindungan kewangan pelanggan berlandaskan syariah. Disamping itu, ia merupakan kerjaya mulia di dunia dan di akhirat dan industri ini mempunyai potensi yang amat besar dan semakin popular.
Dengan menceburi bidang ini, Insya Allah Jutawan Mukmin milik anda.Bagaimana dengan potensi kerjaya atau industri ini di masa hadapan?
BNM Masterplan mensasarkan 20% penguasaan pasaran industri takaful di Malaysia sebelum tahun 2010.
Sehingga hari ini, penguasaan pasaran industri takaful di Malaysia baru 5%.
Kesedaran masyarakat melayu tentang keperluan perlindungan kewangan Islam semakin meningkat setiap hari.
Bermacam risalah telah diedarkan oleh BNM untuk memberi kesedaran tentang keperluan takaful kepada masyarakat.
Adakah perkara-perkara berikut merupakan impian hidup anda?
1. Memiliki apa sahaja yang ada impikan.
2. Mampu mengerjakan haji atau umrah setiap tahun atau bila-bila masa saja.
3. Mampu melancung ke mana-mana saja dan pada bila-bila masa.
4. Pembayar zakat yang terbilang.
5. Mampu menyumbang secara aktif kedalam tabung jihad/fisabilillah.
6. Mampu membiayai kos pendidikan agama dan akademik yang berkualiti tinggi dan professional untuk anak-anak, dan lain-lain lagi.Jika jawapan anda adalah 'ya', ceburilah kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas sekarang.
Inilah kerjaya atau industri yang mampu memenuhi segala impian hidup anda di dunia dan akhirat sepertimana yang dijelaskan diatas.
InsyaAllah..semoga Allah permudahkan niat anda yang baik.
"Laluan Karier sebagai Rakan Perniagaan Takaful Ikhlas"
1. Karier anda di Takaful IKHLAS bukan saja disokong padu oleh Ketua Agensi anda malah kami juga kerap menjadualkan kepada anda rekruit-rekruit baru kami dengan Program Peluang Takaful IKHLAS (TOP) sebagai landasan untuk memberi penjelasan mengenainya.
2. Dari kedudukan anda sebagai seorang ejen ke peringkat seterusnya sebagai Penolong Pengurus Unit (AUM) di mana anda mengendali dan membina sendiri kumpulan anda, sebelum ke tahap seterusnya sebagai Pengurus Unit (UM) dan Pengurus Agensi (AM) iaitu sebagai sebahagian daripada peningkatan karier anda bersama syarikat
Rahsia Kejayaan
Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka. Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.
Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya
Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah,
Dan sekarang giliran anda pula.
Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka
Sebab 1 : Menunggu Untuk Bermula
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini? Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan.
Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan
Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
Sebab 2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
Aset : Wang masuk
Liabiliti: Wang keluar
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.
Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang. Oleh itu, daripada definisi diatas,
semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.
Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...
Sebab 3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."
Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.
Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.
Sebab 4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.
Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.
Sebab 5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat
Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.
Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semua ini.
Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.
Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.
Demi Kejayaan Anda,
wallahu'alam..
Nzul